LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU

Web: www.homeopathymalaysia.org.my

Email : fahom2012@yahoo.com

No. pejabat : 011 2894 2913

Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064


Monday, 21 December 2015

#RAWATAN RESDUNG

 

Resdung / Sinusitis

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. 

Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.

Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.


Selain dari rawatan biasa, ubat-ubat homeopati serta rawatan akupunktur boleh membantu merawat kes -kes resdung.
Perlu diingatkan bahawa bukan mudah untuk merawat kes resdung terutama resdung yang kronik.

Anda perlu bersabar dalam merawat kes-kes begini.

Rawatan homeopati yang sesuai untuk resdung antaranya ialah:

gels., Drosera, Allium Cepa., Aconite, Merc., Hepar Sulph., Dulcamara, Sulph , ubat-ubat tersebut hendaklah dimakan mengikut gejala penyakit. Ubat homeopati tidak boleh dimakan sebarangan, ia hendaklah diberi mengikut arahan doktor homeopathy yang bertauliah.


OLEH Prof Dr Nik Omar

(Pakar Perubatan Homeopathy & Akupuntur)


RAWATAN RESDUNG

Kajian Kes : Rawatan Homeopathy & Akupuntur Untuk resdung

Nama: Cik Ika
Umur:23 tahun
No Rekod:5484
Pusar rawatan homeopathy & akupuntur Shaha Alam

Kali Pertama Rawatan

Gejala :- Cik hanim mengalami penyakit Resdung sudah satu tahun.Beliau sentiasa berhingus dan bengkak-bengkak muka.Selalu gatal-gatal muka apabila adanya habuk dan makan seafood,boleh dikatakan tiap-tiap hari beliau akan selsema terutama pada waktu sejuk dan beliau juga ada jerawat di bahagian muka.
Ramedy Homeopathy:- Graphites,Silicea.
Rawatan Acupuntur :-Yingxiang,Hegu ,Zanzhu

Kali kedua Rawatan

Setelah seminggu menerima rawatan dan memakan ubat homeopathy Cik Hanim datang semula ke Pusat Perubatan kami dan menyatakan beliau sudahpun berkurangan  gatal-gatal muka dan berkurangan,hingus dan sesekali sahaja keluar.Jerawat juga dah mulai kering.
Rawatan Diteruskan Seperti Sebelum ini.

Kali Ketiga Rawatan 5 hari kemudian.



LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU
Web: www.homeopathymalaysia.org.my
Email : fahom2012@yahoo.com
No. pejabat : 011 2894 2913
Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064










No comments:

Post a Comment