Punca Jeragat / bintik-bintik hitam
1) Sinaran matahari
Sering terdedah kepada sinaran matahari merupakan punca terjadinya jeragat. Kita boleh atasi dengan menggunakan krim yang mempunya sunblock untuk menghindarkan kulit dari terkena secara terus sinaran matahari (UV). Bagi yang dah ada jeragat, elakkan dari disimbah sinaran matahari dalam tempoh yang lama untuk ,mengelakkan dari bertambahnya tompokan jeragat pada kulit.
2) Pil/ubat perancang
Penggunaan ubat perancang menyebabkan hormon dalam badan kita terganggu. Ketidakstabilan hormon merupakan salah satu punca terjadinya jeragat.
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai dengan kulit.
Dengan penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit merupaka salah satu puncanya. Bahan yang digunakan mungkin mempunya bahan kimia yang merbahaya yang boleh menghakis kulit dan menyebabkan kulit kita rosak. Apabila kulit menipis dan rosak maka mudah untuk sinaran UV tembus memasuki lapisan kulit kita. Seeloknya pakaila produk kecantikan yang bersesuain dengan kulit. Lazimnya, produk yang sesuai dengan kulit ialah produk yang bersumber alam
semulajadi, seperti Produk Mustiksa Ratu dan Produk Aloe Vera yang bebas dari bahan kimia.
7 Petua Tradisional untuk hilangkan jeragat
1. Ambil beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar kering sebentar dan bilas dengan air suam.
2. Hampas kelapa selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam. selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.
3. Ambil 1 sudu tepung jagung, perahkan sebiji air limau purut atau limau nipis, agak-agak sampai pekat dan boleh di sapu di muka seperti masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.
4. Jika makan pisang berangan tu jangan lagi buang kulitnya tu. Sapu-sapu dulu di kawasan yang naik jeragat tu, biar kering sekejap kemudian bilas dengan air.
5. Ambil segenggam beras dan rendamkan seketika, lebih kurang 1 jam macam tu, kemudian tos dan tumbuk bersama-sama kunyit hidup lebih kurang 1 cm sehingga lumat. Kemudian perahkan sebiji limau nipis/purut kedalam beras yang di tumbuk tadi beserta sebiji putih telur.. gaul sebati dan boleh tempek di muka sebagai masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.
6. Ambil putih telur dan masukkan tisu ke dalam putih telur tu. Ambil tisu tadi dan tempek dimuka yang ada jeragat tu. Biar kering dan bilas.
7. Tumbuk 1cm kunyit hudup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar lebih kurang 20min kemudian bilas dengan air suam.
Petua yang saya kongsikan di atas merupakan petua tradisional, tapi itu lah kadang-kadang kita ni tak sempat nak buat petua ni dengan kekangan masa dan kesibukan bekerja. Jadi saya akan berkongsi pula petua moden untuk hilangkan jeragat.
Petua moden untuk hilangkan jeragat.
Dah nama pun petua moden, jadi pastinya lebih senang dan mudah. Dengan pengambilan vitamin-vitamin dan juga makanan tambahan berikut dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan masalah jeragat yang dihidapi. Vitamin-vitamin tersebut adalah seperti Vitamin C, Vitamin E dan juga Protein. Jom kita tengok bagaimana vitamin-vitamin ini berfungsi.
Vitamin C
Penting dalam pembentukan kolagen, kolagen mula mnyusut apabila usia menjangkau 25 tahun. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik. Kandungan Vitamin C lazimnya banyak terdapat pada buahan citrus seperti limau.
Vitamin E
Terkenal sebagai vitamin awet muda @ vitamin cantik. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.
Protien
Ianya mampu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.
Lelaki ini menggunakan kaedah rawatan acupuncture dan hemoepathy selama 3 bulan berturut-turut. Inilah hasilnya setelah mengambil ubatan hemoepathy dan mendapat rawatan acupuncutre yang tidak menyakitkan selama 3 bulan.
No comments:
Post a Comment