#Akne @ Jerawat @ Pimple @ Resdung
Akne / Jerawat
Mengikut pandangan doktor biasa.
Apa itu akne?
Akne juga
dikenali sebagai jerawat.
Bagaimana akne
terjadi?
Akne terjadi
apabila:
* Liang roma
tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan
kosmetik atau tar
* Terdapat
peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland).
Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
* Terdapat
jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria
Propionebacterium acne)
Adakah akne
disebabkan oleh beberapa makanan tertentu?
Ini merupakan
satu mitos.Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau
coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.
Apakah rupa akne?
Terdapat beberapa
jenis akne iaitu :
* Bintik putih
atau bintik hitam (comedones)
* Bonjol merah
yang bernanah atau tidak
* Bintil (nodul)
dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan parut
jerawat
Apakah yang
menyebabkan akne semakin teruk?
Antara perkara
yang boleh mengakibatkan akne semakin teruk adalah:
* Perubahan
hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
* Alat solek yang
berasaskan minyak
* Gel rambut
* Memicit jerawat
* Tekanan hidup
* Mengandung
* Ubat seperti
streroid, phenytoin (Dilantin) atau Lithium
Siapa yang boleh
mendapat akne?
Akne boleh
terjadi kepada sesiapa sahaja.
* Biasanya ia
menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
* Kita boleh
mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun
* Jika ibu bapa
anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh mendapatnya.
Apa yang boleh
saya lakukan apabila mendapat akne?
Akne yang ringan
boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah
memadai untuk menggunakan ubat seperti:
* Benzoyl
peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
* 2% - 6% Sulfur
dalam losen calamine
Bilakah saya
perlu mendapatkan rawatan?
Jika akne
bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi
pelbagai jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik
(Clindamycin).
Untuk akne yang
sederhana.
* Seseorang itu
perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
* Pil perancang
keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan untuk remaja
lelaki
Bagi akne yang
teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk
mendapatkan rawatan Isotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya
boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):
* Isotretinoin
mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja
perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga
sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut
* Mereka juga
perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain
Adakah akne boleh
meninggalkan parut?
Akne yang ringan
sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada
lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau
dipicit.Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di
bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.Terdapat golongan yang
cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).
Bolehkan parut
akne dirawat?
Selepas beberapa
bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit.
Beberapa kaedah
boleh digunakan untuk merawat parut seperti:
* Bagi parut yang
cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan untuk
menggelupaskan permukaan kulit
* Teknik laser
resurfacing
* Bagi parut yang
besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin
* Pembedahan
pembetulan (Surgical repair)
* Penggunaan
kosmetik bagi menutup parut
Bolehkah saya
mencegah akne?
Ya, boleh. Anda
boleh menghindari atau mengawal akne melalui:
* Mencuci muka
sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
* Mengelak
daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang
non-comedogenis
* Mengamalkan
pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil
lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
* Lebihkan minum
air kosong
* Bersenam untuk
membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
* Mengurangkan
tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi
LOT PT
35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300
KUALA TERENGGANU
Web:
www.homeopathymalaysia.org.my
Email : fahom2012@yahoo.com
No. pejabat
: 011 2894 2913
Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064
No comments:
Post a Comment