#MERAWAT BATU KARANG
SECARA HOMEOPATHY
KESIHATAN
MERAWAT BATU KARANG SECARA HOMEOPATI
Penyakit ini sekiranya dapat di kesan lebih awal, tidaklah begitu payah untuk disembuhkan. Tetapi
dalam banyak kes , pesakit hanya menemui doktor ketika penyakitnya sudah parah.
MERAWAT BATU KARANG SECARA HOMEOPATI
Penyakit ini sekiranya dapat di kesan lebih awal, tidaklah begitu payah untuk disembuhkan. Tetapi
dalam banyak kes , pesakit hanya menemui doktor ketika penyakitnya sudah parah.
Oleh Dr Nik Omar Nik Daud
Batu karang atau renal colic sering menyerang orang dewasa. Petanda yang sering dialami oleh pesakit
ialah:
·
Sakit kuat atau
tajam,biasanya bermula di bahagian bawah perut,sama ada di kiri atau kanan dan
sakitnya terus mencucuk ke arah pinggang .
·
Bagi orang lelaki
kemungkinan sakit menuju ke arah batang zakar.
·
Perut rasa memulas,terasa
hendak kencing atau berak,tubuh badan berasa lenguh.
·
Saluran kencing mungkin
tersumbat sehingga sukar atau tidak begitu lawas untuk membuang air kencing.
·
Air kencing tersumbat dan
tidak dapat keluar dan jika dipaksa,darah keluar bersama-sama air kencing.
·
Sentiasa gelisah kerana
kesakitan serta suhu badan tinggi.
Penyakit ini sekiranya dapat di kesan lebih awal,tidak lah begitu payah untuk disembuhkan.tetapi dalam
banyak kes, pesakit hanya menemui doctor ketika penyakitnya sudah parah,
Biasanya jika ada tanda tanda terdapatnya batu karang, doctor akan membuat ujian I.V.P atau
Intravenouspyelogram, untuk mengesahkannya. Namun demikian, dalam setengah-setengah kes,
I.V.P. tidak boleh membuat pengesahan secara tepat kerana sinaran-X mungkin menembusi batu batu
tersebut.
Bagaimanapun sekiranya batu karang dapat di kesan, Ia mungkin berada di sekitar buah
pinggang,pangkal buah pinggang atau pada saluran pundi-pundi kencing.Bentuk batu-batu tersebut
berbeza-beza,ada yang berbentuk batu karang laut,ada yang seperti batu licin dan ada juga berbentuk
batu pasir halus.
Penyakit batu karang yang liar jika dibiarkan boleh mengakibatkan gangguan pada saluran kencing
dan boleh merosakkan buah pinggang atau menyebabkan tekanan darah tinggi atau keracunan
darah.Biasanya satu pembedahan akan dilakukan jika terbukti ada batu karang besar. Untuk
mengeluarkan batu karang yang kecil cukup dengan menggunakan ubat-ubat sahaja.
Sebagai alternative kepada rawatan tersebut ialah rawatan homeopathy. Salah satu sistem perubatan
homeopati, boleh mengeluarkan batu karang yang tidak begitu besar tanpa sebarang pembedahan.
Mengikut teori perubatan homeopati, pada dasarnya orang-orang yang menderita batu karang
mempunyai gangguan dalam kuasa hayat atau vital force sehingga terjadi perubahan-perubahan yang
drastic terhadap pesakit.
Air kencing mungkin mengeluarkan Kristal-kristal tertentu dalam kadar yang tinggi. Ia mungkin berupa
Kristal kapur fosfat dan exalat atau campuran berbagai-bagai Kristal tersebut. Oleh yang demikian,
terdapat berbagai-bagai jenis penyakit batu karang. Sistem perubatan homeopati melihat penyakit batu
karang ini dari pelbagai sudut mengikut simtometologi dari awal hingga akhirnya.
Berikut ialah beberapa panduan bagi mengatasi penyakit batu karang mengikut cara perubatan
homeopati:
·
Jika sakitnya
berdenyut-denyut apabila kencing iaitu dari abdomen depan sampai ke arah
pinggang, gunakanlah ubat berberis Vulgaris untuk mengeluarkan batu.
·
Jika sakitnya bermula di
sekitar batang zakar hingga kea rah pundi kencing dan kemudian terasa lega bila
dapat kencing, pesakit ini perlukan Lycopodium.
·
Apabila kencing bercampur
darah dan sakit berdenyut-denyut gunakan Cantharis
·
Sekiranya batu berada di
pangkal pinggang atau pundi-pundi kencing dan sakitnya menyucuk gunalah Lithium
Carb
·
Apabila sakit kuat, panas
dan berdenyut-denyut serta suhu badan meninggi, ubat yang paling sesuai ialah
Belladonna.
selain mendapat rawatan daripada Dr Homeopati, pengidap batu karang perlu mengikut nasihat-nasihat
berikut:
- Minumlah air banyak-banyak sampai 5 hingga 6 liter sehari
- Jauhi makanan lemak dan segala macam jeruk yang mengandungi cuka soda gas dan
sebagainya.
- Jangan makan tomato, limpa, hati, otak, dan makanan jenis berminyak.
- Jauhi bawang, teh, kopi, coklat dan Alkohol.
LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANUWeb: www.homeopathymalaysia.org.myEmail : fahom2012@yahoo.comNo. pejabat : 011 2894 2913Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064
No comments:
Post a Comment