LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU

Web: www.homeopathymalaysia.org.my

Email : fahom2012@yahoo.com

No. pejabat : 011 2894 2913

Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064


Tuesday, 29 December 2015

#ARTHRITIS - SAKIT SENDI TULANG

Arthritis ataupun sakit sendi tulang adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.


Terdapat empat jenis arthritis iaitu:

* Osteoarthritis (OA)
* Rheumatoid Arthritis
* Infectious arthritis
* Polymyalgia rheumatica

Antara tanda-tanda dan gejala:

* Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
* Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
* Kekerasan sendi.
* Sakit di sekitar sendi.
* Deformiti.
* Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
* Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
* Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
* Sukar melakukan tugasan tertentu.
* Sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.

Faktor-faktor risiko Osteoarthritis (OA):
* Peningkatan umur.
* Kegemukan di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA.
* Keturunan terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
* Pergerakan yang keterlaluan.
* Kecederaan sendi yang teruk:
  - Kepatahan tulang.
  - Koyak pada bahagian meniscus.
  - kerosakan pada ligamen.
* Pekerjaan:
  - OA sendi lutut dikalangan pekerja.
  - OA sendi paha di kalangan petani.

Perawatan:

* Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
* Ia juga melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
* Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan terhadap pesakit.

Pendidikan pesakit:

* Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangka panjangnya perlu di bincangkan.
* Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
* Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.

Penurunan berat badan:

* Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
* Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
* Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.

Fisioterapi:

* Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi untuk meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya yang berlarutan.
* Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.

Program senaman:

* Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
* Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis program senaman iaitu:
- Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
- Senaman isometrik adalah digalakkan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang           menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.

Program aerobik:

Senaman aerobic yang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.

Perlindungan sendi:

Alat bantuan berjalan
- Bagi OA sendi paha dan lutut, penggunaan tongkat di sebelah bertentangan mengurangkan tekanan keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%.
- Gunakan tongkat yang sesuai ketinggiannya.
- Bahagian atas pemegang tongkat harus sampai kepergelangan tangan pesakit apabila beliau berdiri.
- Kasut yang selesa dan penyerap retakan adalah digalakkan.
*Alat sokongan pada lutut
- Penggunaan alat sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan kepada lutut yang bermasalah "degenerative".
"Taping" pada Tempurung lutut
- Bagi OA petello-femoral, "Taping" pada bahagian medial tempurung lutut dan diikuti oleh senaman otot peha (quadriceps) boleh mengurangkan sakit dan memulihkan fungsi.

Kaedah-kaedah mengurangkan kesakitan:

* Kaedah terapi haba
- Kaedah terapi haba mungkin berguna untuk mengurangkan sakit, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan bengkak.
- Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas, Short Wave Diathermy dan ultrasound.
- Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut.
* Kaedah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS)
- TENS berkesan menghilangkan sakit jika digunakan selama lebih 4 minggu.
- Gabungan intensiti yang tinggi dan mod ledakan yang kuat adalah berkesan.

Pemulihan carakerja:

* Pemulihan carakerja membantu dalam mengurangkan hilang upaya aktiviti harian melalui penggunaan alatan yang diubahsuai.

Indikasi penggunaan alat sokongan (Splinting):

* Alat sokongan digunakan untuk memulihkan fungsi, membetulkan posisi sendi atau deformiti dan mengurangkan sakit.
- Contoh: Alat sokongan perlindungan tangan (carpo-metacarpal) dan alat sokongan meluruskan sendi lutut.
* Ubahsuaian kasut
- Pengubahsuaian kasut termasuk meninggikan tumit dan penggunaan alat-alat sokongan bahagian tapak kaki.
* Pengurusan tekanan
- Sakit selalunya adalah gabungan kekejangan otot dan tanda-tanda tekanan.
- Jurupulih carakerja akan mengajar teknik dan aktiviti relaksasi yang terancang yang boleh membantu   mengurangkan sakit.
* Pesakit mungkin perlu mengatur semula aktiviti-aktivitinya supaya sakit yang keterlaluan dapat diatasi.

Terapi Ubatan:

Jenis-jenis terapi ubatan
- Ubat makan
- Suntikan dalam sendi
- Ubat sapu
- Lain-lain
Ubat makan

Pemberian ubatan untuk wargatua:

* Fungsi buah pinggang dan hati menurun apabila umur meningkat.
* Dengan itu adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberian ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi wargatua.
* Panadol atau Paracetamol terbukti lebih kurang sama berkesan dengan ibuprofen untuk mengawal kesakitan dan perlu diberi keutamaan berbanding Ubat Antiradang Tanpa Steroid (NSAIDs).
* Ubat Penghalang COX-2 didapati berkesan sama seperti Ubat Antiradang Tanpa Steroid malah kurang kesan sampingan gastrik.Kebelakangan ini ianya terbukti selamat untuk jantung.
* NSAIDs perlu digunakan secara berhati-hati kerana kesan sampingannya seperti gastric, gangguan fungsi buah pinggang, bengkak kaki dan merangsang lemah jantung bagi sesetengah individu.
* Tramadol pula boleh menyebabkan sembelit dan kekeliruan dikalangan wargatua jika tidak berwaspada.

Terapi suntikan dalam sendi:

Kaedah terapi ini hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih sahaja.
Ubatan yang digunakan untuk suntikan dalam sendi adalah:
- Glucocorticoids
- Hyaluronan

Ubatan sapu:
Topical NSAIDs
 Methylsalicylate liniment (LMS)
 Capsaicin
 NSAID-mengandungi plaster berubat sebagai pilihan lain bagi rawatan arthritis.
Lain-lain
- Glucosamine
  Glucosamine soleplate berguna untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi bagi pesakit dengan   OA ringan dan sederhana.
  Ia dapat menghentikan penipisan ruang antara sendi dan mengubah kesan jangkapanjang penyakit.

Pilihan Pembedahan:

* Jika rawatan ubatan gagal iaitu sakit berterusan, rawatan pembedahan boleh dipertimbangkan.

Pengukuran yang diambilkira untuk memilih kaedah pembedahan terbaik:
* Kebarangkalian untuk berjaya dengan kaedah yang dipilih.
* Komplikasi-komplikasi kaedah tersebut.

Sebelum membuat pilihan kaedah pembedahan terbaik untuk pesakit, factor-faktor berikut perlu diambil kira:


* Umur pesakit.
* Sendi yang terlibat.
* Masa sesuai untuk pembedahan.
* Kepakaran dan kemahiran yang ada.

Pilihan pembedahan termasuk:

* Arthroscopic debridement
* Ligamentous reconstruction
* Osteotomy
* Unicompartmental arthroplasty
* Total joint arthroplasty
* Arthrodesis

Pembedahan penukaran sendi sepenuhnya adalah pilihan terbaik bagi yang berumur melebihi 60 tahun.

Arthroscopic debridement:

* Kaedah ini melegakan sementara gejala OA lutut yang ringan ke sederhana tetapi ia tidak dapat membetulkan proses degenaratif.
* Pesakit perlu di beritahu dengan jelas komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan pembedahan rekonstruktif seterusnya jika perlu.

Ligamentous reconstruction of the knee joint:


* Tujuan utama kaedah ini adalah untuk mengurangkan sakit dan memulihkan kestabilan sendi.
* Pesakit perlu diberi kaunseling bahawa prosedur ini bertujuan untuk menyelamatkan sendi dari kerosakan.

Osteotomy:

* Tujuan utama osteotomy adalah untuk mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi.
* Osteotomy juga digunakan bagi sendi pinggul untuk menghilangkan gejala dan melambatkan pembedahan definitif.

Unicompartmental arthroplasty:

* Secara tradisi, kaedah pembedahan ini digunakan untuk pesakit yang mengalami arthritis sendi lutut yang   melibatkan satu bahagian khusus dikalangan pesakit berumur melebihi 60 tahun dan tidak aktif.
* Juga bermenafaat bagi pesakit yang mengalami deformiti sendi yang ringan dan sederhana serta sendi lutut tidak longgar.
* Teknik ini adalah susah dan dilaporkan berjaya dilakukan di pusat rawatan cemerlang.

Total joint arthroplasty:


* Pembedahan menggantikan sendi sepenuhnya adalah pembedahan utama untuk osteoarthritis sendi lutut, pinggul dan bahu.
* Kebanyakan pesakit tidak lagi sakit dan mempunyai fungsi sendi yang hampir normal selepas berjaya di bedah.
* Penukaran sendi sepenuhnya bertahan selama 15 tahun atau lebih bergantung kepada tahap aktiviti fizikal.

Arthrodesis:

* Prosedur ini terbukti berkesan mengurangkan sakit dan kebanyakannya dilakukan keatas sendi tulang belakang, sendi pergelangan tangan, tangan dan kaki.
* Bagi sendi lutut dan pinggul ianya cuma bertujuan untuk menyelamatkan sendi tersebut.

PENCEGAHAN PERINGKAT PRIMA:

1. Pencegahan prima boleh menjadi kenyataan jika semua faktor-faktor risiko di ubah.
2. Kebanyakan faktor-faktor risiko ini adalah penting bagi sendi-sendi yang menampung berat badan.
3. Mengelakkan kegemukan, penurunan berat badan dan pendidikan Kesihatan mengenai teknik penjagaan dan perlindungan sendi termasuk dari kecederaan adalah digalakkan sebagai langkah pencegahan.
4. Adalah penting jika individu berisiko tinggi di kenalpasti untuk pencegahan awal.

Rawatan Alternatif:

1. Cara Homeopathy, makan ubat-ubat homeopati dari bahan-bahan organik atau semulajadi.
2. Cara rawatan akupunktur , letak jarum pada titik-titik tertentu di badan
























  - OA sendi lutut dikalangan pekerja.
  - OA sendi paha di kalangan petani.

Friday, 25 December 2015

KETIDAKSUBURAN


#Sebab-Sebab Kemandulan / Ketidak Suburan





RAWATAN HOMEOPATHY & KETIDAKSUBURAN


Berikut adalah kajian-kajian dari dari sudut perubatan homeopati, akupunktur dan komplementari, yang dijalankan di Kelinik Infertiliti, Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, Pasir Mas, Kuala Lumpur, bangi dan Damansara yang diketuai oleh Prof Dr Sir Nik Omar bin Haji Nik Daud.

Mengapa dan kenapa seseorang itu mandul.

Mengikut lapuran yang dibuat oleh Badan Kesihatan Dunia - WHO yang menjalankan kajian di negara-negara Sahara - Afrika, telah menunjukkan angka yang agak mengejutkan, dimana disetengah tempat seperti di Sudan dan Cameroon peratus kemandulan atau infertiliti telah mencapai angka 40 % dari jumlah penduduk yang berkahwin. Satu kajian di India pada tahun 1971 didapat 6 - 12 % pasangan yang berkahwin termasuk dalam senarai infertiliti.

Sementara satu lapuran lagi menunjukkan tahap air mani / sperma lelaki dalam alaf baru ini telah menurun keparas 40 % dari jumlah asal sperma manusia sebelum perang dunia ke 2.

Jika keadaan ini berlarutan, maka 100 hingga 200 tahun lagi kemungkinan besar kita akan menghadapi satu krisis baru kemanusiaan, iaitu kepupusan air mani lelaki.

Kemandulan dibagi kepada 4 sebab utama:-

· Wanita
· Lelaki
· Lelaki dan Wanita
· Tidak Di Ketahui

Kemandulan Wanita

Banyak sebab-sebab dipihak wanita, antaranya kemungkinan salah satu atau lebih dari faktor-faktor berikut boleh menyebabkan kemandulan wanita.

· Haid tidak teratur
· Tidak ada haid,
· Haid berpanjangan
· Senggugut / sakit waktu haid
· Endometrosis
· Jangkitan kuman / Keputihan
· Ketumbuhan pada rahim / fibroid, polyp, dll
· Hilang Nafsu Seks
· Penyakit kronik
· Terlampau emosi
· Tidak Subur / tidak ada ovum / telur
· Kesan Sampingan Ubat-Ubat Kuat
· Perancang Keluarga Berpanjangan / Jamu-jamu yang keras
· Tersumbat Saluran Fallopian ( Tubal obstruction )
· Gangguan pada hypothalamic-pituitary-ovarian axis
· Kegagalan ovari seperti ovarian dysgenesis
· Penyakit Polycystic pada ovari
· Radangan pada bahagian pelvic
· Sebab psychosomatic menyebabkan gangguan saluran kesuburan
· Kelahiran cacat / congenital abnormalities.
· Kesan dari keguguran
· Kemungkinan disebabkan buat D & C yang berterusan
· Kesan Pembedahan pada Rahim.
· Cecairan yang asam dan kuat dari permukaan servik
· Jarang belaku, penebalan pada bahagian servik / obstruction
· Radangan Faraj / severe vaginitis
· Vigunismus
· Selaput Dara yang masih menebal / tight fourchette
· Gangguan kromoson dan baka pada fetus
· Pembentukan rahim atau uterus yang tidak sempurna
· Kesan sampingan penyakit kelamin, spt gonorrhoea, siflis, dll


Kemandulan Lelaki


Antara sebab-sebab kemandulan dipihak lelaki, kemungkinan salah satu atau lebih dari faktor-faktor berikut, boleh menyebabkan kemandulan lelaki

· Mati Pucuk / impoten
· Zakar tidak kuat
· Zakar tidak upaya masuk ke faraj
· Pancutan airmani Pra Masa
· Hilang Nafsu seks
· Tidak ada benih / azoospermia
· Sperma cair
· Sperma tidak mencukupi ( Normal 100 juta)
· Sperma banyak yang cacat
· Sperma lemah / keletihan
· Sperma cepat mati
· Mengalami Penyakit Kronik seperti diabetes, tuberculosis, AIDS, dll
· Kesan Penyakit Kelamin, siflis atau gonorrhoea
· Usia terlampau tua
· Varicocele yang menyebabkan oligospermia
· Kegagalan testicular kerana infeksi kuman, bakteria atau virus
· Gangguan endokrina seperti adrenogenital.
· Cryptorchidism, kegagalan batu pelir menurun
· Hydrocele kerana infeksi parasit
· Beguk yang serius sewaktu kanak-kanak
· Kerusakan pada saluran ejukasi
· Trauma pembedahan testis, dsb
· Faktor genetik
· Ketagihan arak, dadah, rokok, stress dll


Penyebab Kedua Belah Pihak - Lelaki & Wanita


Ada dikalangan pasangan yang mandul saling tuduh menuduh antara satu sama lain, menyebabkan kemandulan. Pada hal kamandulan disebab kedua pasangan tersebut. Ini mungkin kerana kesalahan teknikal sahaja. Jika pasangan seumpama ini sanggup menemui doktor, besar kemungkinan kemandulan seperti ini dapat diatasi.

Beberapa kemungkinan boleh berlaku, antaranya ialah: 

· Kurang pengetahuan tentang persetubuhan
· Menganggap persetubuhan - jijik dan memalukan
· Bersetubuh hanya diwaktu-waktu tertentu sahaja
· Imune system yang tidak kompatibal antara satu sama lain, menyebabkan mani menjadi melekat atau agglutination
· Suami isteri yang tidak mencukupi zat-zat yang diperlukan oleh badan
· Sebab psychogenik, tidak dapat setubuh dengan isteri tetapi dapat pula setubuh dengan perempuan lain, begitu juga sebaliknya.


Tidak Di Ketahui

Ada 20 % dari pasangan yang berkahwin melebihi dari 2 tahun, tetapi masih belum dikurniakan anak. Pada hal pemeriksaan doktor mengesahkan Si - Isteri normal dan Si Sumai juga normal. Tetapi masih kini, asyik menunggu, tidak juga hamil.
Hal ini diluar bidang kuasa manusia, hanya Allah yang mengetahui.
Namun pasangan seumpama ini jika dicuba rawatan kami - HTIP2000, kami yakin berjaya mendapat zuriat, dengan izin Allah.

#Kaedah Mendapat Anak Dengan Prof Dr Nik Omar Melalui Homeopathic Therapeutic of Infertility -HTI


Dr Nik Omar, DHMS (Lahore)., M.D.Hom., MRSH (London), MFHom (Kel)., FFHom (M'sia), Ph.D (India)., DBM (Pak)., Fbio-Chemic (Karachi)., D.Ac (kel)., M.Ac (M'sia)., M.AcF (Colombo)., M.Ac (Beijing)., M.Ac (Spain), merupakan seorang pakar perubatan homeopati dan akupunktur tanahair dan seorang ahli perubatan alternatif yang disegani didunia. Beliau merupakan salah seorang pengasas Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia dan bapak perkembangan homeopati tanahair.

Beliau banyak dilantik menganggotai Jawatakuasa perubatan Alternatif / Komplentari diperingkat antarabangsa dan sering membentangkan kertas kerja di persidangan perubatan komplementari dimerata tempat didunia. Kini beliau bertugas sebagai pakar di Pusat Perubatan Homeopati dan Akupunktur Nik Omar di Kg Gelang Mas, Pasir Mas dan Kuala Lumpur, Bangi dan Damansara Utama dan merupakan seorang pakar dalam perawatan kemandulan atau infertiliti mengikut Kaedah Perubatan Alternatif - HTI-P2000 Dr Nik Omar

Dalam pendekatan beliau mengikut Kaedah Nik Omar HTI-P2000® beliau telah mengabungkan dua teknik perubatan alternatif atau komplementari - homeopati dan akupunktur - menjadikannya sebagai 'Perubatan Integerasi ' atau lebih dikenali ramai sebagai 'Integrated Medicine'

Akupunktur dan ubat-ubat homeopati dari bahan asli, flora dan fauna adalah satu pengamalan perubatan yang telah diamalkan sejak beribu tahun yang silam. Tetapi telah diolah oleh Prof Samuel Hanemann dari Germany menjadikan salah satu sitem perubatan moden yang unik, selamat dan bebas dari sebarang kesan sampingan.

Sistem perubatan ini sememangnya telah menjadi warisan perubatan sejak beribu-ribu tahun yang silam, dan masih gagah dan berkembang maju sehingga hari ini, kerana hanya satu faktor sahaja iaitu - ianya amat berkesan dan efektif.

Pakar-pakar perubatan Barat hari ini mula memberi perhatian serius diatas keberkesanan sistem perubatan kuno ini sehingga sebahagian besar negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, France, England, Belgium, Germany dan kini Malaysia ( 2000 ) telah memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada semua sistem perubatan komplementari khususnya homeopati dan akupunktur.

Satu Penemuan Baru Kaedah Rawatan Infertiliti

Orang-orang awam, khususnya rakyat Malaysia tidak mengetahui dengan jelas bahawa kebaikkan-kebaikkan kaedah rawatan ini Kaedah HTI-P2000 ® Dr Nik Omar untuk mengatasi masalah kemandulan atau infertility dengan cara rawatan alternatif, mengikut fitrah alam atau Tabii - The Natural Way of Healing.

Jika anda seorang pengkaji Sejarah Perubatan yang dilakukan oleh ahli-ahli perubatan China melalui kaedah perubatan alternatif ini, mereka telah berjaya merawat kemandulan atau Infertility sejak Tahun ke 11 Masehi lagi.

Bukan sahaja teknik ini dapat membantu mendapat zuriat, malah dengan rawatan mengikut kaedah kuno ini, boleh membantu meningkatkan daya tahan badan untuk memberi keseimbangan kepada tenaga dalaman badan yang dikenali sebagai 'qi' dalam bahasa China atau 'Vital Force' dalam Istilah Homeopati.

Bila diberi remedi-remedi homeopati yang tepat dan serasi serta mendapat lokasi titik akupunktur yang tepat, maka gejala-gejala seperti ketidaksuburan, haid tidak teratur, endometrosis, fibroid, selalu keguguran, fallopian tuba tersumbat, kemandulan, tidak ada benih - azoospermia, impoten, PMS dan sebagainya dapat diperbetulkan dan diatasi dengan sempurna.


Image result for prof nik omar-ketidaksuburan
KEADAAN SPERMA dan OVUM SEMASA PROSES PERCANTUMAN TELUR DALAM OVARI

Waktu paling subur dan elok untuk melakukan percantuman benih adalah pada hari ke-14 selepas haid. Pada waktu itu wanita sangat subur. Pihak lelaki seeloknya menyimpan benih mereka sehingga hari ke-14 untuk memperbanyak benih supaya percantuman benih menjadi lebih mudah berbanding sperma atau benih yang keluar tidak kuat untuk disenyawakan dengan ovum. Sperma yang sedikit mengurangkan potensi untuk wanita hamil.

Alhamdulilah... pesakit bernama Zuraidah ( bukan nama sebenar ) telah berjaya melahirkan zuriat pertama yang sangat comel dengan mudah sekali setelah 10 tahun melayari alam perkahwinan. Pesakit ini tidak berputus asa menjalani rawatan akupuntur dan mengambil ubat homeopathy selama 4 bulan tanpa henti.

Ini bukan kali pertama teknik rawatan akupuntur dan homeopathy berjaya membantu pasangan mendapatkan zuriat, malah pasangan dari Sabah dan Sarawak juga turut berikhtiar dengan menggunakan teknik rawatan akupuntur dan homeopathy secara berterusan sehingga mereka berjaya memperolehi zuriat yang sihat walafiat.









Wednesday, 23 December 2015

#KUDIS/ULCER/CARBUNCLE

#Kudis / Ulcer / Carbuncle


Kudis / Ulcer / Carbuncle

Kudis boleh berlaku dimana-mana saja dibadan. Sering ditemui dikai, betis, paha, punggung, lengang, kadanag atas kepala pun menjadi.

Banyak hal yang menyebabkan kudis, mungkin darah kotor, mungkin bekas terkena paku, duri, besi buruk, mungkin juga disebabkan bisul, kencing manis atau keadaan kulit yang lemah.

Ada kudis yang senang disembuhkan dan ada yang sukar disembuhkan, ada kudis bertahun lamanya. Namun kudis yang bahaya ialah kudis kencing manis, kalau tidak cepat disembuhkan, ia boleh merebak memburukkan anggota badan dan menjadi gangeren , sekali gus kaki atau anggota badan kena potong.

Jangan biarkan kudis dikaki ibu bapa anda dipotong, ubat-ubat homeopati mampu merawatnya dengan baik.
Apalah salahnya mencuba dari membiarkan ianya melarat dan membawa maut.
Sayangilah ibu bapa anda, jaga lah mereka sepertimana mereka menjaga kamu diwaktu kecil kamu.

Seekor nyamuk pun tidak dibiarkan mengigit kamu, tepai apakah kamu sanggup lihat darah mengalir dikaki bapa kamu, pada hal kamu kini seorang ‘pegawai’ yang berpangkat tinggi ?? Jasa orang tua tiadk dapat dibalas.
Pertulongan kamu itu membawa berkat




LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU
Web: www.homeopathymalaysia.org.my
Email : fahom2012@yahoo.com
No. pejabat : 011 2894 2913
Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064




Keluarga bahagia impian kiat semua. Salam hurmat

#KENCING MANIS/DIABETES


Rawatan Kenacing Manis Dan Homeopathy
Mengikut kata Dr Jugal Kishore, President Hoemopathy India

Kerana suka makan gula berlebihan atau mungkin fakta keturunan atau baka, maka terjadinya penyakit kencing atau diabetes. Gula yang dimakan berlebihan tiad mampu ditapis oleh pancreas, akibatnya gula akan berkeliaran didalam air kencing dan darah.

Gual dalam darah paling ideal antara 5 hingga 6

Paras gula 7 - 8 jaga-jaga

Paras gula 9-10 sudah tinggi

Paras 11- 20 bahaya boleh jadi strok

Paras gula melebihi 20 teramat bahaya boleh jadi strok

Dapatkan rawatan di mana-mana hospital terdekat.
Ubat-ubat homeopati boleh digunakan sebagai supplement

Banyak juga kes-kes kudis diabetes yang tidak mahu sembuh mendapat respon yang baik dengan ubat-ubat homeopati.
Ada kes-kes kudis sembuh dalam tempuh satu bulan selepas makan ubat homeopati.

Hubungi kami:

LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU
Web: www.homeopathymalaysia.org.my
Email               : fahom2012@yahoo.com
No. pejabat      : 011 2894 2913

Whatsapp                : 013 939 4420 / 013 941 6064

Tuesday, 22 December 2015

#Stroke / Paraysis

#Ubat-Ubat Homeopathy terdiri dari:

Paralysis general - causticum
Paralysis agitan - gelsimium
Paralysis, arms - Rhus Tox
Paralysis eye lips - Lycopodium
Paralysis - face - Baryta Carb
Paralysis - hands - Dulcamara
Paralysis - Lower Extremities.' - Cup Mets.
Paralysis of Lung - Phos
Paralysis of Muscles - secale
Paralysis of Speech- Phos Ac
Paralysis of tongue - Sepia
Paralysis after bodily exertion - Tarentula

Rawatan Lumpuh atau strok amat baik jika digunakan rawatan secara Perubatan Integrasi iaitu 'Rawatan Akupunktur dari luar dan ubat-ubat homeopati' secara orally.
Jika menggunakan kaedah ini kurang dari 12 terapi, Insyallah stroke yang 'baru kena' dapat dipulihkan.

Dari Fail Kelinik

En Othman jatuh dan pitam di pasar, kaki dan tangan sebelah kiri tidak dapat bergerak. Dengan pertulongan kawan-kawan En Othman dibawa pulang kerumahnya terletak kira-kira 1 kilometer dari pasar.
Malamnya saya dipanggil untuk melihat keadaan pesakit. Bila diteliti kes En Othman, saya dapat sahkan bahawa ia terkena serangan ' strok' yang lembut. Saya memberinya terapi 'akupunktur' menggunakan titik-titik 'ashi' berjumlah kurang lebih 10 titik.
Secara secara oral, saya memberi ubat homeopati 'Rhus Tox 200c' bid selama 3 hari.

Hari ke 2 saya membuat terapi akupunktur sekali lagi dan memberi ubat yang sama

Pada hari ke 3, En Othman mula boleh bergerak dan boleh bercakap.
Saya bekalkan 'Rhus Tox' selama satu minggu.

Selepas satu minggu, En Othman sudah boleh becakap dan berjalan secara normal.

Pada pendapat saya, sebarang serangan strok, jika diberi rawatan akupunktur dan homeopati serentak, pesakit akan dapat dipulihkan dengan cepat.




#Strok & Rawatan Homeopathy

stroke atau Strok
Lumpuh. Angin Ahmar, Lebek, Terlitasan



Melalui ruangan ini, kami memperkenalkan konsep Rawatan Baru dengan menggunakan Kaedah Perubatan Integrasi Untuk Pesakit Strok atau Angin Akhmar, Angin Merah, Telitasan, Mati sebelah Tubuh, Lembek, dll.

Kaedah Rawatan Akupunktur dan Homeopathy ini pertama kali diperkenalkan di negara ini oleh Prof Dr Sir Nik Omar, seorang pakar perubatan alternatif yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat. Jika penyakit strok ini tidak begitu serius atau terlampau kronik, kami dapati hampir 100 % mendapat respon kebaikan atau bertambah baik, 70 hingga 80 % ada perubahan dan 50 hingga 60 % dapat dipulihkan semula sama ada boleh berjalan atau boleh bergerak dengan baik tetapi tidaklah 100% sempurna.



Namun sekurang-kurangnya ada harapan penyembuhan dalam rawatan ini

#Apa Itu Strok
#Tanda-Tanda dan Rawatannya 


Strok kini merupakan salah satu penyakit yang membimbangkan kerana peratus peningkatan penyakit lumpuh jenis strok ini semakin hari semakin meningkat.

Strok terjadi bilamana serangan radangan serius dibahagian otak dimana ia menyekat peredaran darah kearah otak dan seterusnya terjadilah strok.

Di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat, strok merupakan pembunuh ketiga terbesar selepas penyakit jantung. Mengikut kajian random yang kami buat di Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia, Kelantan, kami dapati 97 peratus pesakit stroke tidak mengetahui bahawa mereka akan mengalami strok dalam waktu yang terdekat.

Oleh itu menjadi tanggunjawab kami untuk memberitahu para pesakit dan keluarga mereka tanda-tanda awal akan mengalami strok adalah seperti berikut:- 


- percakapan mula tidak teratur atau telo 
- daya ingatan mula berkurangan 
- sering pelupa 
- fikiran menjadi lemah dan sentiasa keletihan 
- rasa kebas-kebas atau sereban dimana-mana bahagian anggota badan. 
- rasa berat dan lemah 
- penglihatan menjadi lemah dan kabur 
- tiba-tiba pitam atau pening lalat 
- mual, rasa nak muntah dan perasaan tidak tenteram 

Jika anda dapati tanda-tanda berikut berada pada diri anda, lebih baik anda datang terus berjumpa kami untuk mendapatkan rawatan dari terus menjadi lumpuh. 

Jangan tunggu hari esok, kerana bagi pesakit lumpuh, esok mungkin tidak ada bagi kamu ! 

#Siapa Yang Berisiko Tinggi 

- pengidap darah tinggi, kencing manis, sakit jantung perokok, stress, dan tension (pemarah, pendendam, pendengki, perasaan terterkan, dll) 

Penyakit-Penyakit Neuro 
Yang Mendapat hampir 90 hingga 100 % respon
dengan rawatan Kaedah Baru Perubatan Integrasi
antaranya ialah:-
Bell Palsy ( Lumpuh Muka)
Parkinson ( Terketar-ketar )
Stammering ( gagap)
Tennis Syndrome ( Tidak boleh angkat tangan)
Lumbago / Scitica ( Sakit Urat Pinggang)
Slip Disk
Sakit Urat saraf

LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANUWeb: www.homeopathymalaysia.org.myEmail : fahom2012@yahoo.comNo. pejabat : 011 2894 2913Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064