LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU

Web: www.homeopathymalaysia.org.my

Email : fahom2012@yahoo.com

No. pejabat : 011 2894 2913

Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064


Monday, 14 September 2015

Rawatan Kesuburan






(Gambarajah) Rawatan kesuburan ke atas pesakit dari Marang, Terengganu


Istilah mandul kerap digunakan dalam masyarakat apabila pasangan itu lambat mendapat atau tidak dikurniakan dengan zuriat ataupun cahayamata. Namun di dalam kaedah perubatan Homeopathy sebenarnya tiada istilah ini kerana apabila pasangan ini tidak mendapat zuriat mereka hanyalah ditakrifkan sebagai 'kurang subur'.


Punca Punca Kurang Subur


Di antara faktor yang menyebabkan masalah kesuburan bagi pihak wanita ialah menghadapi pelbagai jenis penyakit seperti senggugut, keputihan, fibroid pada mana- mana bahagian seperti ovari, tiub fallopio atau di rahim.

Tension, stress atau tekanan-tekanan lain. Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan dan sebagainya.

Sementara dipihak lelaki pula mungkin kurang subur, kurang air mani atau sperma, hayat sperma rendah, langsung tiada benih, tidak ada ketegangan, pancutan air mani terlampau awal atau 'premature ejaculation' dan yang paling serius ialah mati pucuk atau impoten.


Kaedah Rawatan Homeopathy

Homeopathy mempunyai kaedahnya tersendiri dalam mengendalikan kes kesuburan dengan mengambil kira fakta serta latar belakang dan sejarah medikal pasangan suami isteri. Penyelidikan dibuat dari peringkat awal terutamanya untuk mengetahui apakah masalah- masalah yang mungkin menyebabkan terjadinya kes- kes seperti ini, umpamanya apakah pasangan itu pernah mengalami penyakit atau idapan- idapan lama seperti beguk atau mumps, chicken pox atau cacar air, asma, darah tinggi, penyakit kelamin (VD) dan lain-lain lagi.

Penekanan utama ialah cuba mencari punca penyakit dan memberi beberapa rangkaian ubat yang paling serasi pada isteri dan juga suami. Pemberian ubat- ubatan adalah 100% bahan- bahan asli yang diimport terus dair negara Germany dan England.
Kaunseling juga diberikan dan serta nasihat bagaiman untuk menentukan hari yang paling subur, menekankan kaedah hubungan suami-isteri secara betul dan menjaga kebersihan diri sebelum bersama.

Kaedah rawatan cara Homeopathy ini tidak melibatkan apa- apa jenis pembedahan atau lain cara barat, tetapi kami menggunakan kaedah pendekatan secara semulajadi atau tabie.


Kaedah Rawatan Akupunktur


Rawatan akupunktur sebenarnya telah lama digunakan dalam merawat kes- kes kesuburan ini. Rawatan perubatan yang berasal dari negara China ini boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi oleh pasangan suami isteri yang menginginkan cahayamata dengan menggunakan teknik tusukan jarum- jarum akupunktur dibahagian tertentu badan bagi mengimbangi aliran tenaga 'qi' pada seseorang pesakit dan sekaligus menyelesaikan masalah yanng dihidapi.

Teori 'yin' dan 'yang' dalam perubatan China digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihidapi oleh pesakit-pesakit yang menjalankan rawatan akupunktur ini. 

Adalah melalui beberapa penyelidikan yang dijalankan semenjak awal tahun 90an, didapati bahawa kaedah rawatan Akupunktur ini adalah begitu sesuai sekali untuk disatukan dengan rawatan Homeopathy, dimana peratusan kejayaan dalam menyembuhkan penyakit meningkat hingga 70% apabila kedua-dua rawatan ini digabungkan terutamanya dalam merawat kes- kes kesuburan dan lain-lain penyakit lagi.

No comments:

Post a Comment