LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU

Web: www.homeopathymalaysia.org.my

Email : fahom2012@yahoo.com

No. pejabat : 011 2894 2913

Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064


Saturday, 12 September 2015

JEREBU DAN KESANNYA



Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara berada didalam keadaan yang tidak baik dan tidak sihat serta mengandungi bahan-bahan tercemar akibat kesan dari pembakaran terbuka.

Bahan-bahan tercemar itu seperti berikut:
Partikel-partikel halus yang berukuran kurang dari 10mm/m3  
Gas Karbon monoksida
Ozon 
Gas Nitrogen dioksida
Sulfur dioksida
Pengukuran pencemaran udara yang digunapakai ialah IPU (indeks Pencemaran Udara) berikut ialah nilai IPU dan kesannya:

         Nilai IPU
Status Kualiti Udara
                     Diskripsi
0 hingga 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak sihat
Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas
201 – 300
Sangat tidak sihat
            Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300
Bahaya
            Orang ramai terjejas

Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk; 
Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
Sukar bernafas atau sesak nafas. 
Mata pedih dan berair. 
Hidung berair dan kerap bersin. 
Kulit badan terasa gatal-gatal. 
Gatal–gatal pada tekak
Gatal–gatal pada mata
Sakit-sakit dada
Selesema

Siapa yang berisiko ?

Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk: 

Kanak–kanak  
Warga emas
Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis). 
Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
Perokok  

Pencegahan dan Tindakan Semasa Jerebu

Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 ply
Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok
Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman
Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.

No comments:

Post a Comment