LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU

Web: www.homeopathymalaysia.org.my

Email : fahom2012@yahoo.com

No. pejabat : 011 2894 2913

Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064


Monday, 11 January 2016

SENGATAN BERBISA


Jika ibu bapa was-was terhadap gigitan berbisa anak perlu dirujuk kepada doktor

SENGATAN binatang berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah, lebah dan ular sebenarnya sangat berbahaya sama ada ia terjadi pada orang dewasa atau kanak-kanak.

Kematian seorang suri rumah baru-baru ini akibat sengatan lipan misalnya, menunjukkan sengatan binatang berbisa yang tidak dirawat dan merebak berupaya mengundang maut.

Apatah lagi jika terkena kepada kanak-kanak, rasa panik dan kesakitan bercampur aduk. Dalam keadaan banjir misalnya atau persekitaran rumah yang hampir dengan belukar atau semak samun, sikap berwaspada ibu bapa penting dalam menyelamatkan nyawa anak.

Jangan ambil mudah walaupun anak mungkin hanya disengat tebuan. Walaupun mungkin sedikit, tetapi jika ibu bapa tidak ada pengetahuan dan was-was, lebih baik anak dirujuk kepada doktor.

Menyapu minyak gamat atau sebarang minyak herba lain mungkin boleh membantu mangsa. Begitupun, ia hanya boleh menolong jika sengatan itu bersifat jangkitan setempat (local infection). Sebaliknya jika sudah merebak dan bertambah sakit, anak harus dibawa ke hospital.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Abdul Ali Raja Mohamed, berkata sengatan binatang berbisa memberi reaksi berlainan pada individu. Bisa sengatan atau gigitan juga bergantung kepada jenis serangga atau binatang yang menyerang.

�Dua risiko paling teruk akibat kesan gigitan atau sengatan adalah alahan yang boleh membawa maut dan jangkitan,� katanya.

Justeru tegasnya, bagi mereka yang hipersensitif tahap satu, sengatan binatang berbisa boleh menyebabkan anafilaksis (reaksi alahan yang sangat teruk) dan mangsa boleh meninggal dunia dalam tempoh kurang 20 minit jika tidak dirawat. Untuk rekod, di Amerika 500 orang meninggal dunia kerana anafilaksis.

Tetapi bagi individu lain, sengatan itu mungkin akan menyebabkan jangkitan setempat. Jika tidak merebak ke kawasan lain, rasa sakit juga surut, sengatan itu tidak berbahaya.

�Paling penting ibu bapa harus tahu apa simptom yang membezakan jenis binatang menyengat anak. Kemudian ibu bapa juga harus tahu untuk bertindak di masa kecemasan begitu,� katanya.

Sesetengah serangga tergolong dalam kelas �hymenoptera� yang mampu menyuntik bisa kepada manusia. Serangga jenis ini termasuk lebah madu, kumbang dengung (bumble bees), tebuan dan semut api.

Bisa yang disuntik ke dalam tubuh mangsa sebahagiannya adalah protein. Protein dalam bisa ini yang menjadi penyebab reaksi alahan terhadap mangsa.

Bukan semua orang alah terhadap bisa sengatan. Kepada mereka yang tidak mengalami alahan, bisa hanya akan menyebabkan kemerahan, rasa gatal, sakit dan bengkak pada kawasan yang disengat. Hanya dengan membersihkan kawasan itu dan menekap dengan ais misalnya boleh melegakan simptom.

Bagi mereka yang alah tahap sederhana, bisa akan menimbulkan rasa sakit dan bengkak di kawasan yang disengat. Tapi jika reaksi itu semakin serius, bengkak membesar dan merebak, segera berjumpa doktor untuk rawatan.

Jika mengikut pecahan binatang paling berbisa, ular tentunya menduduki tempat pertama.

Begitupun, ular berada dalam tiga kategori, keluarga ular air (sea snake), keluarga �elapid� dan keluarga �viper�.

Ular air kata Dr Ali, paling bahaya kerana ia boleh hidup di darat. Apatah lagi jika di kawasan banjir, pergerakan air tidak mustahil menyeret ular berbisa ini. Perlu diketahui ular jenis ini memang biasa ditemui di laut sekitar Asia Tenggara.

Sengatan ular air boleh meracuni tubuh mangsa, menyebabkan kekejangan abdomen yang sangat serius, kesakitan amat sangat dan mangsa boleh meninggal dunia dalam masa dua hingga 12 jam. Paling menggerunkan, sengatan ular air tidak ada antivenom!

Bagi sengatan ular dari keluarga elapid, contohnya ular tedung ia biasa ditemui di kawasan estet getah dan ladang kelapa sawit. Bisa ular keluarga elapid boleh menyebabkan �neurotoxic� yang menjejaskan saraf.

Ia berupaya melemahkan otot mata atau disebut sebagai �ptosis�. Diikuti bengkak yang kecil, kegagalan pernafasan dan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh 48 jam jika tidak dirawat. Tetapi gigitan ular keluarga elapid memiliki anti venom.

Gigitan ular dari keluarga viper pula menyebabkan kelumpuhan, pendarahan diikuti dengan cardiogenic shock (renjatan) pada tubuh dan membawa kematian dalam tempoh 72 jam jika tidak dirawat. Tetapi gigitan ular keluarga Viper memiliki anti venom.

Sengatan kala jengking, lipan, labah-labah dan tebuan boleh menyebabkan anafilaksis bagi sesetengah orang. Tapi selalunya mangsa hanya mengalami jangkitan setempat yang ditandai dengan rasa sakit, bengkak, kemerahan dan gatal.

Begitupun kata Dr Ali, bagi gigitan tikus sedikit berbeza. Ini kerana tikus boleh menyebabkan penyakit disebabkan virus yang disebarkan menerusi air liur.

Selalunya jika berlaku jangkitan bakteria disebabkan gigitan tikus, mangsa akan demam.

Bila harus mendapatkan rawatan?

# Sengatan menyebabkan rasa sakit, bengkak, merah dan gatal.

# Jangkitan setempat seperti gatal, bengkak, kemerahan dan kesakitan yang merebak. Rasa sakit juga bertambah.

# Rasa sakit bertambah, bengkak semakin besar untuk beberapa hari.

# Jika anda pernah berhadapan dengan masalah alahan kerana sengatan serangga berbisa.


PENAWAR SENGATAN BERBISA







Penawar gigitan lipan.

Image result for LIPAN





Cari lipan yang mengigit itu. Kemudian dibunuh dan dibakar. Ambil abunya disapu pada tempat yang terkena gigitan itu.Lada putih ubati bisa gigitan lipanAmbil beberapa biji lada putih kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak, gaul sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan Insya-Allah bisa gigitan lipan akan berkurangan.


Image result for ULAR

Penawar jika dipatuk ular

Ramuannya:Bawang putih dan madu lebah.

Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.


Penawar racun dan sengatan binatang berbisa





Image result for HAIWAN BERBISA

Ramuannya:Madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati, kemudian diminum.

Penawar gigitan anjing gila

Image result for HAIWAN BERBISA


Ramuannya:Daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.




Penawar sengatan tebuan


Image result for TEBUAN
Sapu kapur sireh dan juga minyak kayu kapur.Bengkak surut cuma rasa gatal saja semasa proses penyembuhan. 



Nota: Kalau ada kemudahan simpan lah minyak kayu kapur dan kapur sireh dirumah untuk kegunaan gigitan serangga yang tidak serius.



No comments:

Post a Comment