Kaedah Rawatan Kesuburan Mengikut Formula HTI P 2000
Satu Menemuan Baru Merawat Kemandulan Cara Homeopathy
Oleh Prof Dr Nik Omar, Pengarah
Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia,
Pasir Mas, Kelantan.
Infertilitas, Infertility,
Kaedah Mendapat Anak Cara Homeopathy
Formula Mendapat Cahaya Mata
Hasil Penyelidikan: Prof Dr Nik Omar, Prof Mohd Nasir Zain,
Prof Che Musa, H/Dr Hajjah Faridah & H/Dr Hajjah Zaharah
Prosedur Rawatan Mengikut
Modul1 : Kami memerlukan kehadiran suami isteri untuk
memulakan rawatan.
Rawatan hendaklah di Pusat Perubatan kami, sama ada di
Hospital Homeopathy Nik Omar Pasir Mas, Kelantan atau Pusat Perubatan
Homeopathy di Kampong Baru, Kuala Lumpur atau cawangan kami Kb, Bangi Sek 9,
atau Damansara Utama.
Mengambil Kes: Kami akan mengambil kes dengan menitik
beratkan sejarah kesihatan, sejarah keluarga, latar belakang perkahwinan dan
lain-lain.Jika ada surat-surat rujukan dari mana-mana pusat perubatan atau
hospital, sila bawa bersama untuk memudahkan rawatan kami.
Modul 2 : Biasanya kami akan mengambil kes isteri terlebih dahulu,
kemudian diikuti oleh kes suami.
Rawatan Untuk Isteri: Kami akan bertanya dalam soal putaran
haid, masalah rahim, masalah emosi, sejarah perkahwinan, hubungan suami isteri,
sejarah keguguran atau sejarah kehamilan, masalah fibroid (jika ada) dan
sebagainya.Setelah semua gejala-gejala penyakit sudah jelas, kami akan memberi
remedi homeopati yang paling serasi dengan masalah yang dihidapi.
Ubat homeopati biasanya kami beri selama setiap 2 minggu
atau 4 minggu sekali.
Nota Jangan khuatir rawatan homeopati kami tidak melibatkan
sebarang pembedahan atau prosedur ujikaji-ujikaji yang menyakitkan atau
membosankan.
Modul 3: Rawatan Kesuburan Lelaki :Kami akan meneliti kes
kesuburan lelaki dengan bertanyakan beberapa soalan berhubungan dengan
kejantanan, ketahanan, kematangan, keadaan benih atau sperma sama ada pekat
atau cair, morbiliti, mortiliti, dan lain-lain hal.
Nota Doktor Lelaki akan memeriksa testes atau kedudukan
'telur' atau 'batu pelir' sama ada cukup saiz, besar, medium atau kecil. Jika
perlu ujian jumlah sperma akan dilakukan dimakmal kami.
Selesai mengambil kes, kami akan memberi satu atau dua
remedi homeopati yang paling sesuai untuk masalah kesihatan lelaki, khususnya
memberi sedikit rangsangan untuk kuatkan zakar,terutamanya memberi remedi utama
bagi pernambahan jumlah sperma, kematangan sperma, tambah tenaga morbiliti
serta mortiliti sperma, untuk tahan lama sedikit dari biasa dan untuk menambah
jumlah sperma.
Jika didapati suami menghidapi sejenis penyakit
"azoospermia' atau tidak ada benih, kami akan ikhtiar untuk mengatasinya
dengan memberi ubat atau ubat-ubat untuk membantu menghidupkan kilang 'testes'
yang tidak upaya mengeluarkan benih hidup.
Seandainya suami disahkan oleh mana-mana Pusat Perubatan lain sebagai 'Low Sperm Counts', maka akan akan ikhtiar mencari beberapa ubat homeopati yang paling serasi untuk menambahkan jumlah sperma, mematangkan sperma, meningkatkan mobiliti dan juga mortaliti.
Sekiranya gagal, kami akan nasihat supaya menjalani rawatan
dimana-mana hospital kerajaan.
Nota: Biasanya untuk isteri kami akan memberi ubat homeopati
untuk kesuburan wanita dan untuk suami kami akan berikan ubat homeopati untuk
kesuburan lelaki.Kami galakkan kedua-kedua pasangan suami isteri menjalankan
rawatan, agar cepat memberikan hasil atau memperolehi zuriat.
Motto Kami: Kami Ikhtiar, Tuhan Menyembuhkan
Beberapa Soalan berhubung dengan Rawatan Infertiliti yang
kami jalankan
Soalan: Tahun yang keberapakah sesuai untuk kami berubat ?
Jika anda kahwin melebihi 1 hingga 2 tahun, tapi masih belum
dikurniakan anak, elok dimulakan rawatan ini.
Soalan: Siapa yang harus berubat, suami atau isteri ?
Seelok-eloknya kedua suami dan isteri. tetapi kalau suami
merasakan 'dia' elok dan sperma cukup sihat. Maka isteri boleh memulakan
rawatan terlebih dahulu.
Soalan: Berapa lama rawatan tuan jalankan untuk melihat
kejayaan
Biasanya rawatan ini berjalan selama 8 hingga 12 bulan atau
sehingga hamil. Jika rezeki ada pada puan, kemungkinan puan boleh hamil seawal
satu bulan, dua bulan atau tiga bulan selepas memakan ubat-ubat kami. Itu
rezeki puan, kami hanya berikhtiar dan berdoa. Selebihnya Allah akan menentu
rezeki anda.
Anda boleh lihat rekod kejayaan ini dalam lama web satu lagi
: http://www.geocities.com/infertility_my
Biasanya Siapa Yang Mandul ?
Tidak tentu, ada isteri dan ada suami. Tetapi kami bukan
labelkan tuan puan sebagai mandul. Cuba istilah Melayu sahaja memakai perkataan
mandul untuk orang-orang yang lambat 'melekat'
soalan: Saya dan suami saya dianggap 'normal' dan tidak ada
masalah, kenapa sampai kini, sudah 6 tahun kami masih belum dikurniakan anak ?
Itulah dinamakan rezeki, orang macam inilah yang kami hendak bantu mengikut kaedah rawatan kami.
Soalan: Saya dah berumur 40 tahun. Kahwin dah masuk 17
tahun, tetapi masih belum ada anak. Sekarang doktor kata pulak saya tidak boleh
lagi hamil, kerana sudah tua , katanya risiko banyak, pada hal saya belum ada
anak.
Apakah homeopati boleh berubat ?
Ketepikan soal risiko terlebih dahulu, datanglah dan cubalah
dahulu rawatan kami, mana tahu rezeki puan ada di Kg Baru, KL atau di Golden
Sand ( Pasir Mas) atau di Bangi atau Damansara
Satu kes berjaya kami rawat setelah berkahwin selama 17
tahun, ibu sudah berusia 41 tahun. Kini setelah berubat dengan kaedah HTI P2000
ibu ini sudah berjaya mendapat anak !! Anak pula sihat walafiat .
Ada satu kes lagi di Melaka, dimana ibunya berusia mencecah
usia 50 tahun dan hampir putus haid. Mereka berikhtiar sejak mula-mula kahwin
tetapi rezeki 'belum ada'. Mereka mencuba dengan kami selama hampir 2 tahun
rawatan, akhirnya dapat anak perempuan dalam usia suaminya 55 tahun.Suaminya
datang membawa anak perempuan comel-lotee,berusia 41 hari dan suaminya
menyatakan kepada saya," Doc akhirnya saya dapat juga anak ini, hadiah
pencen saya...." MasyaAllah !!
Kita berusaha, selebihnya berdoalah kepada Illahi.Soalan:
Hubungi kami di talian 013 939 4420 ( Dr Nik Badrul), Pasir Mas 09-7976948
No comments:
Post a Comment