LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU

Web: www.homeopathymalaysia.org.my

Email : fahom2012@yahoo.com

No. pejabat : 011 2894 2913

Whatsapp : 013 939 4420 / 013 941 6064


Thursday, 8 October 2015

Ringkasan Rawatan Kesuburan

Ringkasan

Sungguhpun dunia moden mempunyai berbagai teknik konventional untuk merawat kes-kes kemandulan seperti - IUI, In-Vitro, Test Tube, GIFT, IVF., ICSI, AHT, TET, Ibu Tumpang, dan sebagainya. Namun sebahagian besar ibu-ibu yang mengalami masalah kemandulan ini, masih belum terjawab - mereka masih belum mendapat anak !

        Jangan khuatir lagi, kini para ibu yang mengalami masalah ketidaksuburan dan masih belum mendapat cahaya mata, boleh mencuba rawatan yang telah diciptakan oleh Prof Dr Sir Nik Omar, mengikut Teknik HTI-P2000 ® Beliau dan rakan-rakan telah mencipta kaedah ini sejak tahun 1975 dan hingga kini tahun 2001, lebih dari 1000 pasangan ibu-ibu dari seluruh dunia telah dapat manafaat hasil dari kajian beliau selama lebih dari 25 tahun.

        Prof Dr Nik Omar,  DHMS (Lahore)., M.D.Hom., MRSH (London), MFHom (Kel)., FFHom (M'sia), Ph.D (India)., DBM (Pak)., Fbio-Chemic (Karachi)., D.Ac (kel)., M.Ac (M'sia)., M.AcF (Colombo)., M.Ac (Beijing)., M.Ac (Spain), merupakan seorang pakar perubatan homeopati dan akupunktur tanahair dan seorang ahli perubatan alternatif yang disegani didunia. Beliau merupakan salah seorang pengasas Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia dan bapak perkembangan homeopati tanahair.

Beliau banyak dilantik menganggotai Jawatakuasa perubatan Alternatif / Komplentari diperingkat antarabangsa dan sering membentangkan kertas kerja di persidangan perubatan komplementari dimerata tempat didunia. Kini beliau bertugas sebagai pakar di Pusat Perubatan Homeopati dan Akupunktur Nik Omar di Kota Bharu dan Kuala Lumpur, dan merupakan seorang pakar dalam perawatn kemandulan atau infertiliti mengikut Kaedah Perubatan Alternatif - HTI-P2000 Dr Nik Omar

        Dalam pendekatan beliau mengikut Kaedah Nik Omar HTI-P2000® beliau telah mengabungkan dua teknik perubatan alternatif atau komplementari - homeopati dan akupunktur - menjadikannya sebagai 'Perubatan Integerasi ' atau lebih dikenali ramai sebagai 'Integrated Medicine'

        Akupunktur dan ubat-ubat homeopati dari bahan asli, flora dan fauna adalah satu pengamalan perubatan yang telah diamalkan sejak beribu tahun yang silam. Tetapi telah diolah oleh Prof Samuel Hanemann dari Germany menjadikan salah satu sitem perubatan moden yang unik, selamat dan bebas  dari sebarang kesan sampingan.

 Sistem perubatan ini sememangnya telah menjadi warisan perubatan sejak beribu-ribu tahun yang silam, dan masih gagah dan berkembang maju sehingga hari ini, kerana hanya satu faktor sahaja iaitu - ianya amat berkesan dan efektif.

        Pakar-pakar perubatan Barat hari ini mula memberi perhatian serius diatas keberkesanan sistem perubatan kuno ini sehingga sebahagian besar negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, France, England, Belgium, Germany dan kini Malaysia ( 2000 )  telah memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada semua sistem perubatan komplementari khususnya homeopati dan akupunktur.

Satu Penemuan Baru Kaedah Rawatan Infertiliti

     Orang-orang awam, khususnya rakyat Malaysia tidak mengetahui dengan jelas bahawa kebaikkan-kebaikkan kaedah rawatan ini Kaedah HTI-P2000 ® Dr Nik Omar untuk mengatasi masalah kemandulan atau infertility dengan cara rawatan alternatif, mengikut fitrah alam atau Tabii - The Natural Way of Healing.

       Jika anda seorang pengkaji Sejarah Perubatan yang dilakukan oleh ahli-ahli perubatan China melalui kaedah perubatan alternatif ini, mereka telah berjaya merawat kemandulan atau Infertility sejak Tahun ke 11 Masehi lagi.

        Bukan sahaja teknik ini dapat membantu mendapat zuriat, malah dengan rawatan mengikut kaedah kuno ini, boleh membantu meningkatkan dayamandulan, tidak ada benih - azoospermia, impoten, PMS dan sebagainya dapat diperbetulkan dan diatasi dengan sempurna.

       Bila diberi remedi-remedi homeopati yang tepat dan serasi serta mendapat lokasi titik akupunktur yang tepat, maka gejala-gejala seperti ketidaksuburan, haid tidak teratur, endometrosis, fibroid, selalu keguguran, fallopian tuba tersumbat, kemandulan, tidak ada benih - azoospermia, impoten, PMS dan sebagainya dapat diperbetulkan dan diatasi dengan sempurna.

        Jika dibantu pula dengan keyakinan dan doa kepada Illahi, tidak mustahil orang-orang yang mandul selama 8 hingga 12 tahun akhirnya berjaya mendapat zuriat yang comel dan sihat, mengikut Kaedah HTI-P2000 - Allahu Akhbar !


Beberapa Kebaikan Perubatan Alternatif / Komplementari
  • Tidak ada kesan sampingan dan tidak bahaya
  • Tidak bertentangan dengan ubat-ubat hospital
  • Jika dalam makan ubat homeopati atau terapi akupunktur, tetapi masih        mahu                   meneruskan rawatan IVF, IUI, GIFT, ICSI, Aht atau TET - Jawapannya BOLEH !  Rawatan kami selari dengan rawatan diatas, malah dengan memakan ubat-ubat kami, lebih memudahkan anda berhasil, jika mencuba mana-mana perubatan lain - sebab kami merawat sistem daya tahan badan anda yang tidak stabil supaya kembali normal.
  • Tidak mahal, sekira RM 45 sekali rawatan Acupuncture dan RM 50 semingggu ubat
  • Rawatannya mudah dan tidak melibatkan sebarang pembedahan atau ujian-ujian konventional.
  • Tidak menjadi kesalahan untuk mencuba rawatan HTI-P2000
  • Rawatan ini diluluskan oleh badan Homeopati antarabangsa seperti MRHP, FAHOM, RIMAC, AHML, IHML dan  OHMI.
  • Rawatan kaedah HTI-P2000 ini adalah secara natural dan semulajadi


Jika anda ada masalah infertiliti, jangan tunggu lama-lama, silalah menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat.

" Jangan tunggu sampai esok, apa yang dapat anda lakukan hari ini "


Kesuburan / Kemandulan / Infertiliti

Kesuburan / Kemandulan / Infertiliti
Ingin Mendapat Zuriat ?
Ingin Mendapat Anak ?

Dapatkan Anak Melalui Kaedah Homeopathic Therapeutic of Infertility / HTI P 2000  oleh Prof Dr Nik Omar 


Kaedah HTI P 2000 atau  'Homeopathic Therapeutic ofInfertility'  ini berlandaskan  rawatan semulajadi dengan memakan ubat-ubat homeopati yang serasi dan tidak ada kesan sampingan. Rawatan ini memakan masa lebih kurang 8 hingga 12 bulan untuk melihatkan hasil.
Namun dalam setengah kes memadai memakan ubat homeopati selama 2 hingga 3 bulan, dimana ibu tersebut sudah disahkan hamil !


Kemandulan Wanita

Banyak sebab-sebab dipihak wanita, antaranya kemungkinan salah satu atau lebih dari faktor-faktor berikut boleh menyebabkan kemandulan wanita.

· Haid tidak teratur
· Tidak ada haid,
· Haid berpanjangan
· Senggugut / sakit waktu haid
· Endometrosis
· Jangkitan kuman / Keputihan
· Ketumbuhan pada rahim / fibroid, polyp, dll
· Hilang Nafsu Seks
· Penyakit kronik
· Terlampau emosi
· Tidak Subur / tidak ada ovum / telur
· Kesan Sampingan Ubat-Ubat Kuat
· Perancang Keluarga Berpanjangan / Jamu-jamu yang keras
· Tersumbat Saluran Fallopian ( Tubal obstruction )
· Gangguan pada hypothalamic-pituitary-ovarian axis
· Kegagalan ovari seperti ovarian dysgenesis
· Penyakit Polycystic pada ovari
· Radangan pada bahagian pelvic
· Sebab psychosomatic menyebabkan gangguan saluran kesuburan
· Kelahiran cacat / congenital abnormalities.
· Kesan dari keguguran
· Kemungkinan disebabkan buat D & C yang berterusan
· Kesan Pembedahan pada Rahim.
· Cecairan yang asam dan kuat dari permukaan servik
· Jarang belaku, penebalan pada bahagian servik / obstruction
· Radangan Faraj / severe vaginitis
· Vigunismus
· Selaput Dara yang masih menebal / tight fourchette
· Gangguan kromoson dan baka pada fetus
· Pembentukan rahim atau uterus yang tidak sempurna
· Kesan sampingan penyakit kelamin, spt gonorrhoea, siflis,
*********************************************

Faktor kedua Suami dan Isteri;

  • Suami atau isteri tidak subur
  • Kahwin lewat
  • Usia suami atau isteri melebihi 35 tahun
  • Masalah jangkitan kuman, bakteria, virus, dll
  • Masalah penyakit kronik saperti lelah, jantung, TB, Hepatitis, kanser, ketagihan dadah, darah tinggi, kencing manis, sawan, dll
  • Nafsu seks suami dan isteri menurun
  • Faktor persekitaran, makanan, minuman, udara yang tercemar. Contoh sayuran yang terdedah kepada bahan-bahan baja yang berkimia, air yang mengandungi banyak lebihan klorin, merokok, asap kereta, dll
  • Berat badan yang berlebihan, akibat banyak lemak.
  • Airmani lelaki menurun, lemah dan tidak mencukupi, dll

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HOMEOPATHY & ACUPUNCTURE DR NIK OMAR GONG BADAK, K. TERENGGANU

LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU

Web                       : www.homeopathymalaysia.org.my
Email                     : fahom2012@yahoo.com
No. pejabat             : 011 2894 2913
Whatsapp               : 013 939 4420 / 013 941 6064



Wednesday, 7 October 2015

Kaedah Rawatan Kesuburan Mengikut Formula HTI P 2000


Kaedah Rawatan Kesuburan Mengikut Formula HTI P 2000
Satu Menemuan Baru Merawat Kemandulan Cara Homeopathy


Oleh Prof Dr Nik Omar, Pengarah
Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia,
Pasir Mas, Kelantan.



Infertilitas, Infertility,

Kaedah Mendapat Anak Cara Homeopathy
Formula Mendapat Cahaya Mata

Hasil Penyelidikan: Prof Dr Nik Omar, Prof Mohd Nasir Zain, Prof Che Musa, H/Dr Hajjah Faridah & H/Dr Hajjah Zaharah


Prosedur Rawatan Mengikut

Modul1 : Kami memerlukan kehadiran suami isteri untuk memulakan rawatan.

Rawatan hendaklah di Pusat Perubatan kami, sama ada di Hospital Homeopathy Nik Omar Pasir Mas, Kelantan atau Pusat Perubatan Homeopathy di Kampong Baru, Kuala Lumpur atau cawangan kami Kb, Bangi Sek 9, atau Damansara Utama.


Mengambil Kes: Kami akan mengambil kes dengan menitik beratkan sejarah kesihatan, sejarah keluarga, latar belakang perkahwinan dan lain-lain.Jika ada surat-surat rujukan dari mana-mana pusat perubatan atau hospital, sila bawa bersama untuk memudahkan rawatan kami.


Modul 2 : Biasanya kami akan mengambil kes isteri terlebih dahulu, kemudian diikuti oleh kes suami.

Rawatan Untuk Isteri: Kami akan bertanya dalam soal putaran haid, masalah rahim, masalah emosi, sejarah perkahwinan, hubungan suami isteri, sejarah keguguran atau sejarah kehamilan, masalah fibroid (jika ada) dan sebagainya.Setelah semua gejala-gejala penyakit sudah jelas, kami akan memberi remedi homeopati yang paling serasi dengan masalah yang dihidapi.

Ubat homeopati biasanya kami beri selama setiap 2 minggu atau 4 minggu sekali.


Nota Jangan khuatir rawatan homeopati kami tidak melibatkan sebarang pembedahan atau prosedur ujikaji-ujikaji yang menyakitkan atau membosankan.


Modul 3: Rawatan Kesuburan Lelaki :Kami akan meneliti kes kesuburan lelaki dengan bertanyakan beberapa soalan berhubungan dengan kejantanan, ketahanan, kematangan, keadaan benih atau sperma sama ada pekat atau cair, morbiliti, mortiliti, dan lain-lain hal.


Nota Doktor Lelaki akan memeriksa testes atau kedudukan 'telur' atau 'batu pelir' sama ada cukup saiz, besar, medium atau kecil. Jika perlu ujian jumlah sperma akan dilakukan dimakmal kami.

Selesai mengambil kes, kami akan memberi satu atau dua remedi homeopati yang paling sesuai untuk masalah kesihatan lelaki, khususnya memberi sedikit rangsangan untuk kuatkan zakar,terutamanya memberi remedi utama bagi pernambahan jumlah sperma, kematangan sperma, tambah tenaga morbiliti serta mortiliti sperma, untuk tahan lama sedikit dari biasa dan untuk menambah jumlah sperma.

Jika didapati suami menghidapi sejenis penyakit "azoospermia' atau tidak ada benih, kami akan ikhtiar untuk mengatasinya dengan memberi ubat atau ubat-ubat untuk membantu menghidupkan kilang 'testes' yang tidak upaya mengeluarkan benih hidup.


Seandainya suami disahkan oleh mana-mana Pusat Perubatan lain sebagai 'Low Sperm Counts', maka akan akan ikhtiar mencari beberapa ubat homeopati yang paling serasi untuk menambahkan jumlah sperma, mematangkan sperma, meningkatkan mobiliti dan juga mortaliti.

Sekiranya gagal, kami akan nasihat supaya menjalani rawatan dimana-mana hospital kerajaan.


Nota: Biasanya untuk isteri kami akan memberi ubat homeopati untuk kesuburan wanita dan untuk suami kami akan berikan ubat homeopati untuk kesuburan lelaki.Kami galakkan kedua-kedua pasangan suami isteri menjalankan rawatan, agar cepat memberikan hasil atau memperolehi zuriat.


Motto Kami: Kami Ikhtiar, Tuhan Menyembuhkan


Beberapa Soalan berhubung dengan Rawatan Infertiliti yang kami jalankan


Soalan: Tahun yang keberapakah sesuai untuk kami berubat ?

Jika anda kahwin melebihi 1 hingga 2 tahun, tapi masih belum dikurniakan anak, elok dimulakan rawatan ini.


Soalan: Siapa yang harus berubat, suami atau isteri ?

Seelok-eloknya kedua suami dan isteri. tetapi kalau suami merasakan 'dia' elok dan sperma cukup sihat. Maka isteri boleh memulakan rawatan terlebih dahulu.


Soalan: Berapa lama rawatan tuan jalankan untuk melihat kejayaan

Biasanya rawatan ini berjalan selama 8 hingga 12 bulan atau sehingga hamil. Jika rezeki ada pada puan, kemungkinan puan boleh hamil seawal satu bulan, dua bulan atau tiga bulan selepas memakan ubat-ubat kami. Itu rezeki puan, kami hanya berikhtiar dan berdoa. Selebihnya Allah akan menentu rezeki anda.

Anda boleh lihat rekod kejayaan ini dalam lama web satu lagi : http://www.geocities.com/infertility_my


Biasanya Siapa Yang Mandul ?

Tidak tentu, ada isteri dan ada suami. Tetapi kami bukan labelkan tuan puan sebagai mandul. Cuba istilah Melayu sahaja memakai perkataan mandul untuk orang-orang yang lambat 'melekat'


soalan: Saya dan suami saya dianggap 'normal' dan tidak ada masalah, kenapa sampai kini, sudah 6 tahun kami masih belum dikurniakan anak ?


Itulah dinamakan rezeki, orang macam inilah yang kami hendak bantu mengikut kaedah rawatan kami.

Soalan: Saya dah berumur 40 tahun. Kahwin dah masuk 17 tahun, tetapi masih belum ada anak. Sekarang doktor kata pulak saya tidak boleh lagi hamil, kerana sudah tua , katanya risiko banyak, pada hal saya belum ada anak.


Apakah homeopati boleh berubat ?

Ketepikan soal risiko terlebih dahulu, datanglah dan cubalah dahulu rawatan kami, mana tahu rezeki puan ada di Kg Baru, KL atau di Golden Sand ( Pasir Mas) atau di Bangi atau Damansara


Satu kes berjaya kami rawat setelah berkahwin selama 17 tahun, ibu sudah berusia 41 tahun. Kini setelah berubat dengan kaedah HTI P2000 ibu ini sudah berjaya mendapat anak !! Anak pula sihat walafiat .


Ada satu kes lagi di Melaka, dimana ibunya berusia mencecah usia 50 tahun dan hampir putus haid. Mereka berikhtiar sejak mula-mula kahwin tetapi rezeki 'belum ada'. Mereka mencuba dengan kami selama hampir 2 tahun rawatan, akhirnya dapat anak perempuan dalam usia suaminya 55 tahun.Suaminya datang membawa anak perempuan comel-lotee,berusia 41 hari dan suaminya menyatakan kepada saya," Doc akhirnya saya dapat juga anak ini, hadiah pencen saya...." MasyaAllah !!


Kita berusaha, selebihnya berdoalah kepada Illahi.Soalan:


Hubungi kami di talian 013 939 4420 ( Dr Nik Badrul), Pasir Mas 09-7976948


Tuesday, 6 October 2015

Lawatan Bikers Kelantan ke Masjlis Perasmian Pusat Perubatan Homeopathy dan Acupuncture Dr Nik Omar

Lawatan Group Bikers Kelantan ke Pusat Perubatan Acupuncture dan Homeopathy  Dr Nik Omar pada 2 Oktober 2015. 





Terima kasih diucapkan kepada ahli Bikers Kelantan yang sudi meluangkan masa untuk mebuat lawatan ke Pusat Perubatan Homeopathy dan Acupuncture Dr Nik Omar Cawangan Gong Badak. Ucapan terima kasih juga di atas sokongan yang diberikan kepada operasi Pusat Perubatan Homeopathy dan Acupuncture Dr Nik Omar. 

Email : fahom2012@yahoo.com
No. pejabat : 011 2894 2913